Wednesday, July 20, 2011

Ikan Bakar @ SS19 Subang Jaya

Saya demam hari ni.. dah a few days dah tak baik-baik. Work from home aje dua hari ni [masalah kerja dari rumah ni sebab banyak distraction, browse internet lah, tido lah.. akhirnya keje tak siap]. Dua kali dah Mr D bawak pergi klinik, and yesterday my doctor ambil sample darah, sebab takut anything wrong ke kan since baru je demam last month, ni demam lagi.

So sebelum balik tu sempat doctor pesan - 'no fried items, no spicy items, until your throat is OK, your throat is horrible'. Betul lah, dah rasa nak telan pun tak boleh dah batuk punya kes. Batuk dah macam orang kena tibi, especially kalau dah duduk dalam aircond. Tu yang work from home je tu, kalau dalam ofis sahih susah nak control.

Lepas je jumpa doctor tu terus nak pergi lunch... alahhh... nak pergi lunch kat mana dah kalau there's so much
I can't eat! I mean, Malaysian food ni punya lah payah kan nak cari yang tak berminyak dan tak spicy. Unless masak sendiri - nak masak sendiri tu yang masalahnya tu, bukan rajin sangat pun dah demam-demam ni :)

Sebelum pergi jumpa doctor tu dah ada angan-angan dah nak pergi makan kat satu Kelantanese stall [saya rasa owner dia orang Kelantan] in SS19, Subang Jaya. Kalau rasa tak ada selera sangat tu, kadang-kadang saya suka juga makan kat sini. Sebabnya, banyak pilihan lauk kampung, banyak ulam, banyak ikan bakar. Tapi udah fikirkan tekak yang tak baik-baik, saya batalkan lah niat. Tapi ni dalam kepala memang terbayang-bayang je lauk kat situ.. hik hik. Nantilah.. dah sihat nanti pergi.


Kalau pergi sini memang tak lari lah menu, ikan bakar,
ulam-ulam, dan sambal pencicah yang pelbagai. Sambal pencicah memang macam-macam, you just name it. Sambal belacan ada, sambal tempoyak, budu, cincalok, air asam dan pelbagai kerabu. Ulam-ulaman pun pelbagai - dari petai, jering, kerdas semua tu, sampailah pada yang macam jantung pisang rebus, pucuk ubi rebus, daun salad, pucuk pegaga, kacang botol, daun gajus segala. Saya memang tak makan petai, kerdas semua, tapi Mr D memang favorite dia lah tu kerdas tu. Sabar je lah dengan consequences lepas dia makan kerdas, i.e kesukaran menghilangkan bau dalam toilet.. adoi.. seksa tau mencuci...

Ikan bakar pun variety, tapi paling saya suka of course ikan keli bakar dia.. sebab saiz besar punya, so
lemak-lemak kat perut dia tu memang banyak. Haa... makan lemak ikan tak apa, banyak omega 3 . Sup tulang dan daging pun ada, dimasak dalam kawah panas-panas.

Selain dari tu ada lah lauk lain kan, sambal-sambal, gulai-gulai tu tetap ada. Tapi tak tahulah kenapa, kalau saya ke sana, menu saya cuma ikan bakar, ulam dan sambal pencicah [tempoyak, air asam atau sambal belacan] je. Sampai rasanya lelap mata kakak tu dah boleh kira berapa yg saya akan kena bayar, dah asyik makan tu je day in day out.

Pernah juga saya makan gulai cili padi dia.. tapi tekak N9 saya tak berapa nak boleh terima gulai cili padi dia.. orang N9 kan, fussy sikit lah bila tang gulai cili padi tu.. ada je yang tak kena kan. Saya pernah makan gulai rebung dia [curi sikit dari pinggan Mr D], memang tak kena lah dengan selera saya.. sebab gulai rebung ni kena buat pedas menyengat baru dia lawan dengan rasa rebung tu, especially rebung masam. Kalau dah terasa manis santan tu, memang out lah bagi tekak saya... hehe.. banyak komplen eh?

1 comment:

  1. Just got my cheque for $500.

    Many times people don't believe me when I tell them about how much money you can make by taking paid surveys online...

    So I show them a video of myself getting paid $500 for taking paid surveys to set the record straight once and for all.

    ReplyDelete